ALOR GAJAH: Pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelajar lelaki, sejak dua bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun itu di bilik rumah guru di sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak, Melaka pada pukul 3 petang, Mac lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama di tempat, masa dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Tertuduh yang beristeri dua turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa sama di dalam bilik rumah guru di sebuah pusat tahfiz di Alor Gajah, Melaka pada pukul 1.30 pagi, 28 April lalu.
Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebat di bawah Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari manakala tertuduh diwakili peguam Faathir Imran Firdaus.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 26 Jjun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Rabu lalu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya, sejak tahun lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 19 2023
Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Pengasas pusat tahfiz didakwa lagi, lakukan amang seksual, persetubuhan luar tabii
Pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelajar lelaki, sejak dua bulan lalu.
Pengasas pusat tahfiz dua isteri didakwa lakukan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki
Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya.